RINGKASAN BAB 4: PEMIKIRAN SEBAGAI ASAS ETIKA DAN
NILAI-NILAI MORAL.
ETIKA
Setiap individu dan masyarakat perlu mengikuti suatu set peraturan yang
dapat menjamin kesejahteraan hidup semasa menjalani rutin kehidupan.Set peraturan ini dapat mengawal tingkah laku kita.
KONSEP DAN PEMBAHAGIAN ETIKA.
Satu sistem kepercayaan yang digunakan untuk mengawal tingkah laku manusia dan melalui sistem ini dapat mengetahui salah
atau betul sesuatu perlakuaan tersebut.Etika berasal daripada perkataan Greek
yang bermaksud perangai dan bahasa Latin
juga mempunyai makud yang sama.
Etika tergolong dalam falsafah moral.Falsafah moral
ini membincangkan tentang kelakuan yang baik dan buruk, hal-hal moral, adab dan
sesebuah nilai serta penerangan dan pengenalpastiaan sesuatu perbuatan.
Istilah
entiket bermaksud tingkah laku atau tatacara yabg dianggap baik dalam sesuatu
situasi sosial.Para sarjana dan ahli falsafah telah membahagikan etika kepada
tiga iaitu etka meta(meta ethnics), etika nomatif(normative ethnics), dan etika
gunaan(applied ethnics).
ETIKA META(META ETHNICS)
Meta
bermaksud “di sebalik apa yang dapat
diihat daripada mata kasar”. Etika ini merangkumi konsep abstarak.Contohnya
ialah kuasa tuhan dan berkaitan hal keagamaan. Selain itu, etika deskriptif juga
dibawah etika meta, yang membincangkan tentang golongan manusia menganuti
pelbagai agama dan persoalan alam ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata
kasar.
ETIKA NORMATIF(NORMATIVE ETHNICS)
Etuka
ini mebuat kritikan dan melakukan
penilaian keatas etika moral yang sedia ada dan mecipta satu cadangan
untuk semua. Persoalannya ialah
bagaimana untuk membentuk etika yang standard kerana setiap orang mmepunyai
pandangan yang berbeza.Teori utama yang digunakan dalam etika ini ialah teori
deontologikal dan teori teleologikal. Teori deontologikal merupakan teori yang
diguna pakai dalam membuat penilaian terhadap baik atau buruk sesuatu tindakan
manakala teori teleologikal pula ialah membuat penilaian keatas kesan tindakan
samaada baik atau buruk.
ETIKA GUNAAN(APPLIED ETHNICS)
Etika
ini membincangkan tentang isu-isu khusus dalam kehidupan seperti isu perniagaaan, perubatan dan isu lain.Etika ini
dapat memberi panduaan kepada masyarakat aamasalah dengan menggunakan konsep
etika yang lain.Contohnya etika perniagaan menganalis aspek-aspek dalam
perniagaan seperti hubungan pekerja dengan majikan dan lain-lain.
ALIRAN-ALIRAN
ETIKA
Pelbagai etika dan dotrin telah tercipta kerana
pelbagai usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak bagi mengeluarkan pandangan
masing-masing tentang etika serta persepsi dan perspektif yang berbeza bagi
setiap orang.
UTILITARIANISME
Berasal daripada perkataan utility yang bermaksud
guna berguna dan kegunaan.Doktrin ini menegaskan kita harus memaksimumkan
kebaikan secara konsisten supaya dapat memberi kebaikan kepada seramai mungkun
orang.Diasaskan oleh Jeremy Bentham dan John Stuart Mill.Konsep doktrin ini
menegakkan fahaman bahawa segala keputusan yang dibuat bergantung kepada hasil
yang diperoleh daripada pelaksanaannya dan matlamat doktrin ini pula ialah
untuk memberikan kebaikan tertinggi kepada seberapa ramai orang.Jeremy Bentham
telah mencipta satu alat ukur untuk mengukur kebaikan yang dikenali sebagai kalkulus
Hedonistik Bentham.Tujuh elemen diambil kira dalam mengukur sesuatu kebaikan,
antaranya ialah kedalaman, kelamaan , kepastian, kesegeraan, kesedaran,
keberkesanan dan had.
HEDONISME
Berasal daripada perkataan Greek hedone yang
menentukan bahawa matlamat kehidupan ialah untuk mendapatkan kelazatan hidup
yang maksimum. Doktrin ini berpegang kepada keseronokan dan kesenangan hidup
manakala baik dan buruk ditentukan oleh
kenikmatan dan kelazatan .Jalan yang baik adalah jalan yang membawa
kepuasan dan begitulah sebaliknya.Ukuran bagi doktrin ini ialah nafsu.Budaya
hedonisme ini menlahirkan insan yang bersikap individualistik dan egoistik.
EKSISTENSIALISME
Aliran etika ini menegaskan bahawa moral hendaklah
berpaksikan kebebasan .Setiap orang mempunyai hak untuk merasai
kebebasan.Pelopor utama bagi doktrin ini ialah Jean Paul Satre.Bagi beliau,
individu yang mengikut peraturan telah menjejaskan kebebasannya sendiri.Doktrin
ini menekankan tentang kebebasan individu membuat pilihan dan pilihan dibuat
berdasarkan yang asal.Terdapat tiga kebebasan iaitu, kebebasan jasmani,
kebebasan kehendak dan kebebasan moral.Kadang-kadang kebebasan ini membuatkan
diri kita luar biasa dan terasing daripada normal masyarakat.
AKHLAK ISLAM
Usaha
ke arah pembentukan akhlak mulia sangat
diberi perhatian melalui disiplin, kaedah dan tatacara yang telah diteladani
oleh junjungan besar Rasuluallah s.a.w.Akhlak merupakan peranagi yang
menyenangkan, lembah lembut dalam pengaulan, berseri wajah, sedikit
perselisihan dan baik percakapan.Penilaian peribadi merangkumi tingkah laku yang sempurna dan kejernihan air
muka yang terpancar.
HUBUNGAN AKHLAK DENGAN ILMU TAWASUF
·
Tasawuf ialah akhlak yang mesti diperaktikkan
oleh setiap muslim yang sejati.
·
Tokoh-tokoh tasawuf menghayati akhlak
dalam kehidupan seharian mereka.
·
Tasawuf ialah akhlak yang bersumberkan
pada syarak.
Pendidikan akhlak atau tahdhib
al-akhlaq-
CARA MEMBENTUK AKHLAK
MULIA
FAEDAH AKHLAK MULIA
BAHAYA AKHLAK BURUK
HATI
TEMPAT PEMBENTUKAN AKHLAK
Matlamtat akhlak = untuk membentuk manusia yang
sempurna perbuatan di semua tempat lagi bersih.
FUNGSI ADAB DALAM PENDIDIKAN AKHLAK
